Luar Negara
PM Sepanyol bimbang 'Paul' jadi lauk
Jul 9, 2010 - Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan. Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.
Janda hidap penyakit 'ketagihan seks'
Jul 5, 2010 - Seorang wanita di Britain, Donna Glover menghidap penyakit ganjil iaitu ketagih untuk berasmara, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki 90 tahun rogol empat beradik
Jul 1, 2010 - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam.
Komando Israel serang kapal bantuan ke Gaza
Jun 1, 2010 - Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api.
Bangkok kembali normal
May 31, 2010 - Beliau yang sebelum ini membatalkan perintah berkurung kelmarin menegaskan pemerintahan darurat masih diperlukan selepas dua bulan penunjuk perasaan antikerajaan berkampung di sini.
Al Fayed jual Gedung Harrods
May 31, 2010 - Jutawan Mesir, Mohamed Al Fayed menjual gedung mewah Harrods kerana kecewa tidak dapat mengambil keuntungan selepas dihalang satu badan amanah pesara yang dilantik kerajaan Britain.
Cahaya ganjil di langit Kanada
May 27, 2010 - Cahaya aneh dilaporkan muncul di barat Kanada menyebabkan beberapa pakar menyatakan ia adalah penemuan objek terbang yang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar.
Pertemuan bersejarah akhiri masalah 20 tahun
May 25, 2010 - SELEPAS hampir 20 tahun dipertikaikan, Singapura dan Malaysia akhirnya mencapai kata sepakat bersejarah untuk menghuraikan isu-isu tertunggak dalam Butiran Perjanjian (POA) melibatkan tanah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Amerika berhenti jadi 'polis dunia'-Obama
May 24, 2010 - PRESIDEN Barack Obama mengisytihar kelmarin bahawa Amerika Syarikat tidak boleh bertindak sendiri di persada dunia. Beliau berikrar akan membentuk 'peraturan antarabangsa baru' sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan negara itu.
Israel dakwa Korea Utara bekal senjata pada Hamas
May 13, 2010 - Avigdor Liberman, yang mengadakan lawatan ke Jepun semalam, berkata Korea Utara, Syria dan Iran kini didapati bekerjasama dan membentuk 'paksi kejahatan' yang baru.
Kartunis biadap diserang orang ramai
May 13, 2010 - Rakaman video disiarkan laman-laman web akhbar tempatan menunjukkan aksi orang ramai memarahi Vilks dalam dewan kuliah University Uppsala, 70 kilometer dari Stockholm.
Bom tak meletup di Times Square gempakkan Amerika
May 3, 2010 - Selepas penemuan itu, kesemua penghuni Times Square yang merupakan destinasi tumpuan popular pelancong di Midtown Manhattan segera dipindahkan.
Isteri dakwa Bush mungkin diracun
Apr 30, 2010 - Suaminya, George W Bush menghabiskan sebahagian sidang kemuncak itu dengan terbaring di katil. Doktor membuat kesimpulan mereka dijangkiti virus, katanya, lapor akhbar berkenaan.
Setiausaha Asean lobi pembabitan Amerika di Asia Tenggara
Apr 27, 2010 - Katanya Asean boleh menjadi pengantara dalam menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin timbul akibat daripada persaingan antara kedua-dua negara itu.
12 terbunuh termasuk askar, wartawan di Bangkok
Apr 11, 2010 - BANGKOK: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 521 yang lain cedera dalam keganasan yang tercetus apabila pasukan keselamatan Thailand melancarkan tindakan keras menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah di Bangkok semalam.
Taliban siarkan video rayuan tentera AS yang ditawan
Apr 9, 2010 - Dalam rakaman itu, Bergdahl memberitahu perang di Afghanistan tidak berbaloi dengan jumlah mereka yang terkorban atau dipenjarakan.
Apa erti pemulauan pilihanraya oleh parti Suu Kyi
Apr 6, 2010 - Pihak Barat termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mengatakan bahawa penyertaan Suu Kyi dan NLD amat penting kerana dapat mengabsahkan sebarang pilihan raya yang bakal diadakan. Dengan itu, barulah masyarakat antarabangsa dapat menerima usaha rejim itu untuk mengembalikan pemerintahan negara tersebut kepada rakyat sesuai dengan amalan demokrasi.
Moscow meletup
Mar 30, 2010 - Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 33 lagi cedera dalam dua serangan bom berani mati di stesen kereta api bawah tanah, Moscow Metro pada pagi semalam, kata pihak berkuasa.
Rundingan tamat perang Afghanistan
Mar 24, 2010 - Pejabat Hamid menyatakan rundingan itu membabitkan wakil-wakil daripada kumpulan Hezb-i-Islami yang diketuai Gulbuddin Hekmatyar.
Gelombang merah pun bermula
Mar 13, 2010 - Kira-kira 6,500 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi awal di ibu negara Thai ini, dengan melaungkan selamat berjaya.
Lagi penganas ditembak mati
Mar 10, 2010 - Jurucakap polis, Edward Aritonang mendakwa serbuan wilayah Banten itu ada kaitan dengan kumpulan militan di Aceh yang menjadi buruan pihak berkuasa sejak kebelakangan ini.
Dari langit membunuh 'gergasi'
Mar 6, 2010 - Satu panel antarabangsa yang terdiri daripada 41 pakar itu mengkaji semula bukti yang diperoleh 20 tahun lalu mengenai kemungkinan asteroid itu menjadi penyebab kepupusan dahsyat yang telah membunuh lebih separuh spesies di planet bumi termasuklah dinosour.
Kerana FB: Tentera Yahudi 'cancel' serang Palestin
Mar 4, 2010 - BAITULMAQDIS:Tentera Israel menyatakan rancangan untuk menyerang sebuah perkampungan di Tebing Barat terpaksa dibatalkan selepas seorang askar Israel mendedahkan maklumat itu di Internet.
Mossad beri dadah sebelum bunuh pemimpin Hamas
Mar 1, 2010 - "Pembunuh-pembunuh tersebut mengguna dadah jenis succinylcholine sebagai sedatif untuk Mahmoud sebelum mereka melemaskannya sehingga mati,"
"Toyota tamak haloba,"
Feb 25, 2010 - “Anda patut malu, Toyota kerana tamak haloba. Begitu juga Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya (NHTSA) kerana gagal melaksanakan kewajipan anda,” katanya sambil teresak-esak.





