Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Eksklusif

KEMASKINI: Rahsia 'Gadis Bond' terus tersingkap

Jun 30, 2010 - Munculnya Anna dalam dunia perisikan umpama jelitawan berbahaya yang mewarnai filem-filem perisikan James Bond. Dalam kes wanita itu, dia dan beberapa ejen Rusia lain beroperasi di bandar-bandar raya AS, sesetengahnya sejak lebih sedekad lalu. Sesuai dengan wataknya sebagai penggoda, Anna menggunakan rupa paras, daya tarikan dan hubungan dengan kalangan pembuat dasar untuk mempergunakan mereka bagi mengorek rahsia negara AS.

Pegawai muda kerajaan meninggal semasa latihah PTD

May 31, 2010 - PELATIH Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Norhashimah Wahid yang diberitakan koma semasa menjalani latihan semalam meninggal dunia pagi tadi. Menurut seorang rakannya, Norhashimah meninggal dunia 6.44 pagi tadi.Norhashimah, 30, yang baru mengikuti latihan selama tiga setengah bulan itu sebelum ini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, sejak empat hari lalu. Ibu kepada seorang anak itu, yang sebelum ini bekerja di sektor perbankan, mula menjalani latihan asas di situ sebagai syarat kelayakan untuk menjadi PTD.

Temubual Eksklusif: Panasnya, kontroversinya Kopitiam Ghadir

Aug 25, 2009 - Kopitiam Ghadir dikatakan kontroversial sehingga tidak dapat dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 8-11 Ogos lalu dan terpaksa ditunda dan dibawa ke Institut Terjemahan Negara pada 13-16 Ogos 2009 lalu?

Kopitiam Ghadir - Hadir minimal tetapi berkesan

Aug 18, 2009 - Kopitiam Ghadir adalah teater paling ringkas yang pernah saya tonton walaupun diarahkan oleh penulis bertaraf selebriti seperti Faisal Tehrani. Cukup dengan bumbung, sebuah pentas dan tempat duduk, seni persembahan ini benar-benar merakyat. Maka masyarakat berpeluang menonton dan menikmati hiburan tersebut dengan suasana anti-protokol.

Mencabar puitika Aristotle dengan Kopitiam Ghadir

Aug 13, 2009 - MALAM ini pementasan Kopitiam Ghadir akan bermula, sebagai salah seorang pengamal teater di Malaysia, kedudukan saya tentunya kecil sahaja berbanding gergasi yang sedia ada. Dalam dunia teater - jika ada senarainya, nama Faisal Tehrani selalu tertinggal.

Eksklusif 07: Belajar Mukaddam dalam ISA

Aug 12, 2009 - MINATNYA mengumpul barang-barang lama seperti keris dan topeng pernah membuatkan seorang pekerja Indonesia ketakutan. Ceritanya begini, selepas dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Tian Chua mahu membuat pengubahsuaian rumah. Lagi foto-foto eksklusif Tian Chua di dalam.

Eksklusif 06: Anak Cina di alam Melayu (bhg satu)

Aug 11, 2009 - JAM sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi, tapi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua masih segar, dan bersemangat untuk ditemubual oleh klpos.com. Yang menariknya, inilah kali pertama wartawan dibenarkan ke rumah beliau, dan klpos.com diberikan penghormatan itu.

Eksklusif 05: Melihat dari kacamata sahabat

Aug 10, 2009 - INI cerita panglima muda, dan bagaimana mereka berperang bagi mempertahankan, bukan raja, tetapi rakyat dan negaranya. Ia disebut dalam Hikayat Tiga Negara, atau yang kita kenal hari ini sebagai Romance of Three Kingdoms atau sānguó yǎnyì.

Eksklusif: Pengalaman kakak melihat adik bertarung melawan H1N1

Aug 7, 2009 - Sampai satu tahap dia berguling atas simen sebab dah tidak tahan sakit, hampir putus asa, sampai dia boleh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia, itu lelaki tu, bayangkan kalau perempuan atau budak-budak. Kami sekeluarga cuma boleh tengok dia dari cermin. Tidak boleh masuk dalam bilik kuarantin. Doktor dan jururawat sahaja yang dibenarkan masuk, siap pakai baju plastik.

Eksklusif 04: Sim Tze Tzin.. Dari Jurutera ke Panglima

Aug 6, 2009 - PELIK, jika ada orang memberitahu kita bahawa dia tidak pasti bagaimana namanya disebut, tapi Sim Tze Tzin, 31 memberitahu saya begitu. Saya terkejut, dan cuma menyebut namanya, dia tersenyum, saya kata tepatkan sebutan saya, katanya, "Entah, tapi bolehlah,". Kami ketawa.

Eksklusif 03: Nik Nazmi, Waris Diari Merah

Aug 5, 2009 - APAKAH diari merah dan apakah kuasanya? Mari kita mulakan dengan persoalan asas itu terlebih dahulu. Kata empunya cerita, diari merah merupakan jadual aktiviti dan pertemuan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eksklusif 02: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu

Aug 4, 2009 - BEBERAPA tahun lalu saya pernah menulis begini, "Apabila menatap wajahnya kita akan tertanya-tanya, bahagian manakah warisan emaknya dan sudut mana milik ayahnya. Kedua-dua aspek bergabung secara simeteris dan gabungan seimbang sehingga melahirkan keindahan baru. Inilah yang menjadikan Nurul Izzah sebagai ikon untuk generasinya,".

Eksklusif 01: All the Adviser's Men

Aug 4, 2009 - SEMPENA tahun ketiga KLpos.com memainkan peranan dalam menyampaikan berita dan rencana-rencana alternatif di arena siber tanah air, hari ini kami menyiarkan kembali temubual-temubual eksklusif kami dengan individu-individu penting beberapa tahun lalu. Mulai hari ini, KLpos.com akan menyiarkan kembali satu episod setiap hari siri eksklusif kami yang disusun semula untuk pembaca yang ketinggalan mengikutinya dahulu.

Faisal Tehrani muncul lagi dengan 'Kopitiam Ghadir'

Jul 24, 2009 - DRAMA ini sepanjang satu jam lima belas minit dan akan disisipkan enam buah lagu tentang Rasulullah saw. Memandangkan kita dalam bulan Syaaban yang mulia, kami kira inilah masanya kita merenungi kembali ketamaan baginda sebagai penghulu segala rasul.”

Sokongan terhadap PAS merosot? 'Heavyweight' Pakatan gempur MU malam ini

Jul 13, 2009 - Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Harapan sasterawan muda kepada Najib

Apr 4, 2009 - SAYA masih ingat pertama kali bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei 2004 di Hotel Mutiara, Kuala Lumpur. Beliau sentiasa tersenyum dan sempat bertanya kepada saya, "Novel 1511H Kombat ini novel futuristik?"

Bersama Najib menangani perubahan

Mar 19, 2009 - Penulis kanan The Star, Joselina Tan berpendapat langkah Abdullah mengumumkan pengundurannya sebelum mesyuarat bahagian UMNO membantu mengukuhkan kedudukan Najib membina pasukannya. Perubahan dalam UMNO dan BN selepas pilihan raya ke 12 lalu memerlukan tindakan bersama, kata Joseline.“Najib seorang tidak akan berjaya, beliau memerlukan rakan sepasukan yang kuat untuk membawa perubahan tersebut,”jelasnya.

Rundingan Abdullah - Anwar?

Mar 11, 2009 - SELEPAS solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum. Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Pertemuan hari ini mempunyai sejarah yang tersendiri.

Demonstrasi bantah tol NPE di PJS 2

Feb 15, 2009 - PJ: Lebih 200 penduduk setempat dan pemimpin pembangkang berdemonstrasi bantah kerajaan yang hanya memansuhkan bayaran tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuala Lumpur sahaja sedangkan lebih 30 ribu pengguna harian melalui jalan tersebut menghala ke Bandar Sunway masih dikenakan bayaran RM1.60 sehala.

Siasatan politik wang: Ahli UMNO dakwa didera pegawai SPRM

Jan 28, 2009 - SEORANG ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu. Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.

SPRM: Makna besar kepada perjuangan melawan rasuah - Ezam

Dec 18, 2008 - SEBAGAI seorang yang pernah merengkok dalam penjara kerana menentang rasuah, saya dapat merasakan bahawa pembentangan akta hari ini merupakan satu langkah yang paling signifikan yang di lakukan oleh seorang perdana menteri untuk melakukan perubahan atau reform di negara ini. Selepas lapan bulan berkuasa, tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menunaikan janji mengisytiharkan harta kepada umum sepertimana yang di war-warkan sebelum pilihanraya. Jelas, Perdana Menteri lebih komited dan jujur dalam usaha menentang rasuah dengan pembentangan akta SPRM hari ini.

Arif dakwa Jalil 'kencing' Utusan, pertimbang tawaran PKR

Dec 3, 2008 - 'SATU, dia bohong, saya akan buat saya punya PC (sidang akhbar) mungkin dua tiga hari lagi. Nombor dua, dia tak ada keikhlasan untuk berjuang. 'Kalau dia ada keikhlasan berjuang, apabila Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) memberikan tawaran kepada saya dia orang patut datang memujuk saya mengukuhkan parti bukan menghambat saya keluar,' kata Datuk Arif Shah semasa dihubungi semalam.

Kamikaze: Dr Mahathir tekad 'telanjangkan' perasuah Umno

Nov 27, 2008 - Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau akan memuktamadkan senarai nama mereka yang mengamalkan politik wang dalam Umno sebaik sahaja beliau pasti ada bukti mencukupi untuk menyokong dakwaannya, menurut satu laporan akhbar tempatan. Beliau berkata satu tindakan berani perlu dilakukan bagi memulihkan semula imej dan kedudukan Umno, yang semakin tercemar oleh politik wang yang merebak.

Shahrizat tak masuk gelanggang berentap dengan Rafidah

Nov 10, 2008 - Ada pendapat yang mengatakan Rafidah lah satu-satunya calon yang layak menjadi Ketua Wanita Umno Malaysia kerana kalau diikutkan prestasi pilihanraya lalu, Rafidah menang di parlimen yang ditandinginya di Kuala Kangsar sedangkan Shahrizat tewas kepada calon muda dari PKR, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai. Ini menunjukkan Rafidah lebih relevan memimpin pergerakan itu berdasarkan trend sokongan yang ditunjukkan rakyat pada 8 Mac lalu.

'Tiada aral melintang', Najib presiden Umno ketujuh

Nov 3, 2008 - KL: Nampaknya laluan bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadi Presiden Umno dan sekali gus perdana menteri baru Malaysia pada Mac depan tidak akan menghadapi sebarang halangan. Ini adalah kerana Timbalan Presiden Umno itu semalam mendapat pencalonan ke-133 bagi jawatan presiden parti itu pada lewat petang semalam.

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...