Analisis
Kaum India: Janji tinggal janji
Mar 10, 2010 - "Janji-janji pilihan raya hanya tinggal janji. Perlu diberi perhatian ialah insiden meroboh kuil telah dihentikan. Tetapi perkara-perkara seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil oleh kerajaan-kerajaan negeri tidak datang seperti yang dijanjikan.
Analisis PRK: Umno lebih pentingkan kemenangan
Oct 1, 2009 - Dari sudut lain pencalonan Isa dilihat sebagai satu perjudian besar oleh Umno. Umno seakan memberi ruang kepada pembangkang untuk menjadikan masalah peribadi Isa sebagai modal kempen Pas. Sudah pasti penggantungan Isa sebagai ahli selama tiga tahun akan menjadi bahan kempen utama. Pembangkang akan menjaja kepada pengundi yang calon UBN tidak mempunyai intergriti dan seorang yang korup.
BN akur suara Telok Kemang? PAS pilih Ramli atau Zulkefli?
Sep 29, 2009 - INSYALLAH petang esok (29 September) akan diketahui siapa yang akan dicalonkan oleh Pas dan UBN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang yang akan berlangsung awal bulan depan. UBN sudah hampir pasti akan mencalonkan bekas MB, Mohd Isa Samad. Walaupun pencalonan Isa menimbulkan kontroversi, namun UBN tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang yang inginkan Isa.
Analisis: Yang tersirat dan tersurat di Permatang Pasir
Aug 27, 2009 - SATU pengajaran yang boleh ditimba Barisan Nasional (BN) berikutan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang boleh dijadikan bekal menjelang pilihan raya umum Malaysia ke-13 ialah cuba elak daripada menggunakan isu perkauman untuk menambat hati pengundi.
Tak masuk syurga: Ini jawapan Tok guru
Aug 19, 2009 - SEPERTI mana diduga 'fatwa' Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berbunyi ahli Umno tidak masuk syurga sudah kecur dan menjadi modal besar kepada UBN. UBN telah pun mula menjajanya. Beberapa ustaz dan Mufti yang kontrak (cari makan) dengan kerajaan juga ikut sama membantu menjaja dan menjual fatwa itu untuk memburuk Mursyidul Am itu.
Menanti pertembungan Zahid dengan bekas bosnya di P.Pasir
Aug 13, 2009 - BELUM tiba hari penamaan calon Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Umno yang mensebotaj pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos depan. Katanya mereka yang sebotaj akan dipecat dalam masa 60 hari, dua bulan. Tegasnya juga dia tidak main-main dengan kata-katanya itu.
Bang Mat calon PAS di Permatang Pasir?
Aug 3, 2009 - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari. Oleh kerana Permatang Pasir adalah di bawah parlimen Permatang Pauh, calon yang paling sesuai, serasi dan intim dengan ahli parlimen Permatang Pauh tentulah abang Mat Sabu kita.
Apa rasionalnya Zaid pelawa Ku Li
Jul 22, 2009 - SAYA tidak dapat pastikan, (kerana belum menghubungi Zaid Ibrahim) apakah pelawaan terbuka Zaid kepada Tengku Razaleigh Hamzah menerusi blognya itu sama ada sesudah dia sudah berbincang atau tidak mengenai perkara itu dengan Tengku Razaleigh. Ataupun pelawaan itu hanya iseng-isengan Zaid sahaja kerana melihat ada perkembangan yang meruangkan untuk bekas Menteri Kewangan itu dalam PKR.
Sebenarnya PAS jangka akan kalah - Husam
Jul 15, 2009 - Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini. "Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.
Elok Najib jangan layan Nik Aziz
Jun 29, 2009 - Justeru, sekiranya Najib tidak bersedia memenuhi perlawaan itu sesuatu yang bijak. Biarlah kalaupun Nik Aziz dan penyokongnya menuduh dan memperlikan Najib pengacut tidak mengapa. Biarlah dikatakan penakut yang penting orang ramai sudah mula memahami siapakah yang melampau dan sengaja bermain dengan kata-kata untuk kepentingan politik dalam konteks ini.
Nampaknya Nizar masuk nak jadi hero baru
Jun 16, 2009 - Ingatlah kalau tindakan dan aksi kita keterlaluan menyebabkan rakyat dapat menilai apa sebenarnya kita ini? Jadi sebelum rakyat mencemuhi kita perbaikilah perangai, perwatakan dan jangan diulangi kejadian atau perbuatan yang boleh merendahkan martabat kita sebagai ahli yang berhormat.
Siapa setiausaha agung, bendahari dan ketua penerangan baru PAS?
Jun 10, 2009 - SELEPAS muktamar selesai membuat pilihan barisan kepimpinan baru PAS pada Sabtu lalu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kini 'pening-pening' kepala untuk melantik beberapa orang pegawai yang akan membantunya dan barisan kepimpinan baru itu. Pegawai-pegawai yang dimaksudkan ialah Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan.
Lenggak-lenggok perjuangan Bang Mat
Jun 3, 2009 - DALAM perebutan dan perang untuk menduduki takhta nombor dua dalam hirarki Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) nampaknya bersendirian. Mat atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat ini tidak didominasikan oleh mana-mana puak. Dan dia juga tidak ‘mendempekkan’ dirinya dengan mana-mana kumpulan atau aliran yang menjadikan mainan media massa kini.
Bang Mat sah masuk gelanggang
May 24, 2009 - KURANG 18 jam sebelum tawaran penerimaan untuk bertanding jawatan dalam muktamar Pas minggu depan, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah pun menghantar surat jawaban menyatakan kesediaan menerima tawaran bertanding sebagai timbalan presiden Pas. Sementara dikatakan Husam masih lagi membuat perkiraan hingga ke saat-saat akhir sebelum mengumumkan keputusannya besok sama ikut bertanding atau pun hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden.
Kemelut yang tak berkesudahan
May 13, 2009 - Jika di sebelah paginya Datuk Mohammad Nizar dan exconya merancang mengisi semula pejabat sekretariatnya berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi mereka terpaksa mengosongkannya semula pada sebelah petang menyusuli keputusan Mahkamah Rayuan itu. Tanda-tanda menunjukkan bahawa krisis politik di Perak masih gagal dihuraikan.
Apa 'gila' lagi nak jadi lepas ini
May 7, 2009 - Selepas insiden yang mencemarkan kemuliaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berikutan kekecohan yang ditimbulkan para anggota pembangkang Khamis, rakyat sudah pasti tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini. Jika ada yang beranggapan krisis politik di negeri ini akan berakhir dengan pemecatan Speaker V. Sivakumar dari DAP dan pemilihan Speaker baru dari BN melalui Datuk R. Ganesan dari MIC, apa yang telah berlaku sebelum ini membuktikan sebaliknya.
Analisis: Barisan terkuat Umno, Pakatan perlu tukar strategi
Mar 27, 2009 - KESIMPULANNYA hasil pemilihan Umno telah berjaya meletakan parti itu dalam satu pasukan yang kuat dan bersemangat. Pastinya juga mereka akan mula berfikir mengubah corak perjuangan parti itu serta menyesesuaikan dengan tuntutan semasa rakyat yang kini makin ghairah disangkutkan ke bahu Pakatan Rakyat. Sekiranya Umno dan Najib dapat merubah ia memberi impak yang buruk kepada pembangkang untuk pilihan raya akan datang. Strategi kena ubah!
PPSMI: Rosak bangsa, negara jika dasar negara ditentukan oleh pendemonstrasi - Mahathir
Mar 14, 2009 - SAYA berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
Pengharaman Umno kali ke-2?
Mar 6, 2009 - TERSIMPUL persoalan besar dalam kepada apakah Umno akan diharamkan untuk kali kedua? 21 tahun lalu Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur.
Zahid dan Isa gagal
Mar 4, 2009 - Saya mengharap mereka akan menuangkan sesuatu yang bernilai kepada penonton dan hadirin di DBP yang sekaligus mencerminkan kewibawan dan kemampuan mereka sebagai pemimpin tertinggi Umno. Ternyata malam tadi Zahid banyak diselubungi emosi ketika menjawab persoalan dilemparkan oleh Agus. Perbahasan Zahid juga melencung dan beliau cuba mengelak persoalan yang dilempar ke atas batang hidungnya dengan menyalahkan pembangkang. Jawaban-jawaban yang diberikan tidak relevan dan seolah Zahid sungguh takut untuk mengkritik Umno walaupun dengan niat baik.
Pertempuran di tiga bukit tentukan nasib Barisan dan Pakatan
Feb 17, 2009 - APAKAH kebetulan ataupun telah ditakdirkan demikian, Tuhan mahu menguji kekuatan dan keimanan rakyat negara ini! Kerana menyedari bahawa orang Melayu dan rakyat Malaysia suka dan gila berpilihan raya maka ditakdirkan berlaku pilihan raya kecil di dua dua bukit, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Maka disebabkan tidak cukup dengan dua bukit itu maka sebuah lagi bukit, (kemungkinan) kali ini Bukit Lanjan pula akan diadakan pilihan raya kecil.
74 peratus pengundi di Perak mahu DUN dibubar - Merdeka Center
Feb 12, 2009 - HAMPIR dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.
Analisa kejatuhan Pakatan: Kesan politik masa depan Umno
Feb 7, 2009 - DENGAN terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, Umno kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada pilihan raya umum lalu. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya Umnolah mengemudi kerajaan Perak selepas ini. Dari semangat Melayu, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan.
Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam
Feb 5, 2009 - DEMIKIANLAH adanya, hidup ini berbanding-banding (abadan abada) dan berlawanan. Suka lawan duka, kalah lawan menang, wujud lawannya hilang. Setiap bermula akan berakhir juga. Allah s.a.w. juga Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sesuatu yang dijadikan itu ada hikmah dan ada tujuannya tersendiri. Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam. Tunjukkan kita berjiwa besar dan sedia menerima hakikat. Marilah pula sama-sama kita lihat bagaimana BN membentuk kerajaannya dan mentadbir Perak.
Lompat: Petanda awal gelombang wakil rakyat - Penganalisis politik
Jan 27, 2009 - TINDAKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim melompat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin, salah satu komponen Pakatan Rakyat, dilihat kemungkinan petanda awal "gelombang wakil rakyat" berbanding "gelombang rakyat" Mac lalu. Justeru, penganalisis politik berpendapat tindakan Nasarudin yang mengumumkan untuk menyertai Pakatan Rakyat kelmarin dilihat mungkin akan membuka jalan kepada wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut langkah beliau.








