Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
PKR Kuala Selangor dibubarkan
20 Jan 2010 3:29PM
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan.
Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin.
Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar-Utusan









