Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Tiger Wood jalani rawatan ketagihan seks
20 Jan 2010 3:27PMTiger Woods sedang menjalani rawatan ketagihan seks di sebuah klinik di Hattiesburg, menurut laporan dua stesen televisyen dan penulis topik itu.
Stesen televisyen WJTV dan WLBT melaporkan, sumber memberitahu bahawa Woods berada di Pusat Pine Grove Behavioral Health and Addiction Services di mana kawalan keselamatan adalah ketat dan plastik gelap dipasang pada pagar.
Benoit Denizet-Lewis, yang menulis buku mengenai ketagihan seks, menyatakan dalam blognya bahawa Woods menerima rawatan di pusat itu di mana beliau membuat kajian untuk penulisan bukunya.
Bagaimanapun, pihak klinik terbabit enggan mengesahkan sama ada Woods berada di situ.
Woods sudah mengaku berlaku curang terhadap isterinya, Elin dan lebih 12 wanita mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan pemain golf nombor satu dunia itu. -









