Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Adebayor kembali beraksi untuk City

14 Jan 2010 1:26PM

Emmanuel Adebayor mungkin bermain untuk Manchester City hujung minggu ini.

Penyerang Togo itu masih cuba mengatasi kejutan akibat serangan bersenjata yang mengakibatkan kematian tiga orang dalam bas pasukannya yang sedang dalam perjalanan ke pertandingan Piala Negara-Negara Afrika Jumaat lalu.

Adebayor, yang memakai baju Arsenal, muncul di Televisyen Afrika kelmarin kelihatan masih bersedih dan belum dapat mengatasi kejutan menyusuli serangan bersenjata itu.

City telah pun menyatakan pendiriannya dengan memberi peluang kepada penyerangnya itu membuat keputusannya sendiri bila beliau mahu bermain semula.

Tetapi Adebayor kelihatan akan kembali beraksi sekiranya mendapat pelepasan daripada pasukan Togo.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengesahkan bahawa terpulanglah kepada Togo untuk memutuskan bila pemain- pemain mereka boleh menyertai semula kelab masing-masing.

Terdapat sedikit salah faham mengenai laporan sama ada Togo ada membuat rayuan untuk kembali menyertai pertandingan Piala Negara-Negara Afrika meskipun pihak penganjur menegaskan tiada sebarang permintaan diterimanya.

Apabila keadaan itu dijelaskan, Togo dijangka melepaskan pemain-pemainnya kembali ke kelab masing-masing.

Peraturan Fifa menyebut: 'Seseorang pemain yang diundang oleh persatuan bola sepak negara masing-masing, kecuali dipersetujui persatuan berkenaan, tidak boleh bermain untuk kelab masing-masing sepanjang tempoh pemain itu dilepaskan kelab masing-masing.'

Pertandingan Piala Negara-Negara Afrika, yang bermula Ahad lalu, dijadualkan tamat akhir bulan ini.

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...