Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Sembur Dr M: Nik Sapeia kena penjara 6 bulan
14 Jan 2010 1:24PMMahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff selepas disabit kesalahan sengaja menyembur bahan berbahaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga yang lain pada 2006.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 324 kanun Keseksaan.
Majistret, Azman Mustaffa bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukuman terhadap Nik Sapeia yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) itu ditanggguhkan sehingga rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi.









