Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

"Taat pada Tengku Faris"- Nik Aziz

14 Jan 2010 1:23PM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyatnegeri itu memberi taat setia tidak berbelah bahagi kepada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra demi untuk kesejahteraan keamanan dan kebajikan semua.

Nik Abdul Aziz turut mengingatkan rakyat negeri itu mematuhi dan mentaati titah dan arahan Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra.

“Kerajaan Negeri yakin Yang Maha Mulia Pemangku Raja telah bertindak dengan sehabis baik baginda untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada baginda iaitu menjalankan kuasa, tugas dan tanggungjawab Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di bawah perlembagaan.

“Oleh itu mematuhi dan mentaati titah dan arahan Yang Maha Mulia Pemangku Raja bermakna mematuhi dan mentaati titah dan arahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Negeri kini sedang merancang untuk mempercepatkan proses membawa pulang Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital negara ini.

“Saya perasan dah lama rakyat tidak tanya apa-apa fasal Sultan. Saya berasa sangsi lama sangat Sultan tidak ada, saya bimbang Sultan terlupa dari ingatan rakyat.

“Kerajaan sedang rancang sebaik-baik untuk bawa balik Sultan ke dalam negara,” katanya.

Sultan Ismail Petra dirawat di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei lepas dan masih menerima rawatan doktor pakar di hospital terbabit.

 

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...