Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

PENTING: 90 mati sebab denggi sejak dua minggu lalu

14 Jan 2010 1:16PM
Sejumlah 940 kes demam denggi dengan dua kematian dilaporkan dalam minggu pertama tahun ini dari 3 hingga 9 Jan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 90 orang.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 60 kes atau tujuh peratus berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu sebanyak 876 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan Khamis.

"Walaupun kes berkurangan sebanyak 42 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun peningkatan kes pada awal tahun itu perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya anggota masyarakat," katanya.

Kes kematian pada minggu lepas itu melibatkan seorang wanita berusia 37 tahun dari Bandar Utama, Selangor yang mula mengalami demam, sakit badan dan muntah ketika mendapatkan rawatan disebuah klinik swasta.

Mangsa dirujuk ke hospital pada 29 Dis lalu kerana disyaki mengalami demam denggi dan disahkan meninggal dunia selepas tiga hari di rawat akibat kegagalan fungsi organ yang disebabkan Sindrom Kejutan Denggi.

Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan di kediaman mangsa mendapati kadar pembiakan Aedes yang sangat tinggi iaitu 75 peratus dan ekoran itu aktiviti semburan kabus telah dilakukan di sekitar kawasan tersebut pada 1 Jan lalu.

Mangsa kedua pula merupakan seorang suri rumah berusia 29 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur yang meninggal dunia pada 3 Jan akibat Demam Denggi Berdarah.

Mangsa yang selalu berulang-alik ke rumah ibunya di Taman Pandan Perdana, sebuah kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan denggi telah mula mengalami demam, sakit kepala, muntah, sakit perut dan cirit-birit pada 23 Dis lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Ampang lima hari selepas itu.

Bagi kes Chikungunya pula, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 44 kes dilaporkan pada minggu lepas, peningkatan sejumlah dua kes atau lima peratus berbanding minggu sebelumnya.

Daripada keseluruhan kes itu, 42 kes dilaporkan dari Sarawak serta masing-masing satu kes dari Selangor dan Pahang dan tiada kematian dilaporkan.

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...