Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Pusat tak layan tuntutan baru royalti minyak Kelantan

12 Jan 2010 12:20PM
Kerajaan pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu itu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan, demikian dinyatakan, di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha Pas mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata, demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

Mustapa berkata tindakan kerajaan negeri Kelantan itu bertujuan meraih simpati rakyat untuk menyokong perjuangan Pas dalam tuntutan itu

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...