Mar 12, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Lebih 100 ribu bantah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam di Facebook

07 Jan 2010 1:10PM

 Usaha satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Menentang Penggunaan Nama Allah Oleh Golongan Bukan Islam' bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui laman web sosial Facebook terus mendapat sokongan pelbagai lapisan rakyat.

Sehingga pukul 1.10 petang ini, seramai 115,232 orang menjadi rakan kepada kumpulan itu iaitu peningkatan seramai 26,146 orang berbanding tempoh 24 jam yang lalu.

Malah, selepas kewujudan kumpulan itu dilaporkan pada muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, kumpulan itu mencatatkan pertambahan rakan memberangsangkan dan tinjauan mendapati dalam masa 15 minit sahaja, ia mampu mencatatkan pendaftaran seramai 500 orang .

Antara yang turut menjadi rakan kepada laman tersebut ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Parlimen Kuala Lipis, Datuk Dr. Shahrom Osman.

 

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...