Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Sah, tiada kes terhadap Norza
29 Dec 2009 6:19PMTEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu “tidak ada kes” terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.
Bekas Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman berkata, surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza.









