Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Bekas Adun BN Kedah buat rayuan

17 Nov 2009 4:06PM
KL: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif yang disingkirkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, hari ini memfailkan notis rayuan untuk merayu berhubung keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) memfailkan notis rayuan melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 1.35 petang.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengishtiharkan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh ekoran Abu Hassan tidak menghadiri dua persidangan dewan DUN secara berturut-turut.

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan permohonan semakan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN.

Abdul Isa memohon mahkamah mengistiharkan Abu Hassan bukan lagi seorang ADUN ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu dan kerusi tersebut adalah kosong.

Abdul Isa juga memohon perintah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil yang baru.

Beliau memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu selepas SPR putuskan kerusi Kota Siputeh, Kedah, kosong dan Abu Hassan masih seorang ADUN. / Utusan



Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...