Mar 10, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Mahkamah isytihar kosong, SPR mohon tangguh

17 Nov 2009 12:32AM

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah.

Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok. 

SPR pohon tangguh

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.

"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.

"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.  / Utusan, BHM

BERKAWAN DENGAN KLPOS.COM DI FACEBOOK


Akan ada lagikah pilihanraya kecil di Kedah selepas Bukit Selambau?

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...