Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Bekas MB harap bekas mufti tolak tawaran

02 Nov 2009 11:48PM
KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap Dr Mohd Asri Zainul Abidin menolak pelantikannya sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sekiranya ditawarkan. Katanya, bekas mufti Perlis itu telah dikenakan tekanan oleh pelbagai pihak selepas cadangan untuk melantiknya ke jawatan itu oleh kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang disifatkan Shahidan sebagai satu serangan peribadi terhadap Dr. Asri.

Ketika menghubungi Bernama dari London hari ini, Shahidan berkata tokoh muda agama itu telah dihukum lebih awal dan sewajarnya beliau tidak menerima jawatan yang ditawarkan itu.

Menyentuh penahanan Dr. Asri malam tadi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan alasan beliau mengajar tanpa tauliah, Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO menyifatkan perbuatan itu amat memalukan.

Banyak lagi isu agama yang lebih penting dan perlu diberi perhatian oleh JAIS, katanya.

Shahidan berkata JAIS tidak pula menahan “orang-orang agama” yang berucap di pentas politik.

Beliau mendakwa JAIS bersikap pilih kasih dalam tindakan mereka dan penahanan Dr. Asri itu adalah kesan daripada pilih kasih itu. / Bernama

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...