Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
ADUN Pelabuhan Klang diminta lepas jawatan
29 Oct 2009 4:37PM
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu supaya Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, daripada Parti Keadilan Rakyat melepaskan jawatan kerana gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.
"Kerajaan negeri sedar mengenai aduan yang banyak daripada rakyat terhadap beliau," kata Nik Nazmi Nik Ahmad, setiausaha politik Khalid, dalam satu kenyataan Khamis.
Katanya Menteri Besar akan menghantar wakil untuk menemui Badrul Hisham bagi memintanya berundur.
Nik Nazmi berkata walaupun Badrul Hisham telah diberi surat tunjuk sebab pada 20 Ogos lepas, beliau tidak menunjukkan sebarang usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada rakyat.
"Malah, beliau enggan menjawab panggilan telefon atau SMS selain tidak membuka pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya," kata beliau.