Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Meeting PAS sampai pagi, Tok guru 'blah' awal

29 Oct 2009 1:17AM
SEHINGGA kini mesyuarat khas Pas di ibu pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut masih belum selesai. Mesyuarat berkenaan dikatakan hangat dan panas. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi fokus dalam mesyuarat berkenaan telah meninggalkan pejabat berkenaan kira-kira jam 10:20 minit tadi.

Kepulangan awal beliau itu menyebabkan keadaan menjadi tanda tanya. Menurut laporan Hafiz Baqi, (Pengarang Berita Siasah), kira-kira jam 12:00 tengah malam tadi dua ahli jawatankuasa, Dr Lo'Lo' Ghazali dan Husam Musa kelihatan keluar dari bilik mesyuarat di tingkat empat.

Bagaimana pun Hafiz tifak dapat memastikan apakah mereka berdua keluar rihat untuk makan ataupun terus pulang.

Menurut lagi Hafiz, Nik Aziz ketika meninggalkan pejabat Pas ada menyebut yang beliau pening disebabkan berlaku 'kekecuhan' dalam mesyuarat berkenaan. "Pening... pening...begitulah kata Nik Aziz," beritahu Hafiz. Apa yang dimakudkan kekecohan itu mungkin kerana ramai yang ingin bercakap.

Apakah mesyuarat berkenaan akan berterusan sampai ke pagi? Ataupun ia akan ditangguhkan tanpa ada apa-apa kenyataan akhbar malam ini? Sama-sama kita tunggu. / msomelayu.blogspot.com

Berlaku kekecohan dalam mesyuarat berkenaan?

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...