Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Lagi Bank Malaysia beli Bank Indonesia

20 Oct 2009 11:25AM

RHB Capital Bhd., kumpulan perbankan keempat terbesar di negara ini yang mengendalikan RHB Bank Bhd. (RHB Bank), akan mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam PT Bank Mestika Dharma (Bank Mestika) di Indonesia pada harga RM1.16 bilion.

Menurut Pengerusi RHB Bank, Tan Sri Azlan Zainol, langkah itu sejajar dengan aspirasi kumpulan itu untuk menjadi salah satu penyedia kewangan utama di ASEAN menjelang 2020.

Satu perjanjian jual beli bersyarat telah ditandatangani di sini semalam antara RHB Capital dan pemilik Bank Mestika, PT Mestika Benua Mas yang kini memegang 99.95 peratus daripada modal yang diterbitkan dan berbayar bank itu.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital, Datuk Tajuddin Atan dan Presiden Pesuruhjaya Bank Mestika, Witarsa Oemar.

Kedua-dua pihak turut menandatangani satu opsyen perjanjian bagi perjanjian jualan dan belian bagi 9.0 peratus lagi kepentingan Bank Mestika pada harga RM131 juta termasuk pulangan tambahan sehingga 15 peratus setahun.

Bagi membiayai pengambilalihan itu, RHB Capital telah mencadangkan terbitan hak boleh tolak saham baru RHB Capital untuk mengumpul secara kasar kira-kira RM1.3 bilion.

Pengambilalihan itu dijangka diselesaikan menjelang suku kedua tahun depan dan akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan itu.

 

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...