Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Ops Sikap Pada Hari Ke-13 catat 12 Kematian

26 Sep 2009 11:28AM

KL: Sebanyak 12 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-13 Ops Sikap pada Jumaat menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya musim perayaan ini meningkat kepada 222 orang.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman pada Sabtu, penunggang dan pembonceng motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan lima kematian dan diikuti tiga pengguna kereta dan empat pejalan kaki.

Sebanyak 1,003 kemalangan berlaku semalam dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 414 kes, diikuti jalan persekutuan (277), jalan negeri (173), lebuh raya (77) dan jalan-jalan lain 62 kes.

Dalam operasi semalam, sebanyak 11,783 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-20 yang akan berakhir Ahad bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. / BERNAMA



Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...