Mar 12, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

H1N1 hampir cecah 300 kes

03 Jul 2009 3:14PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 47 kes baru selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 8 pagi ini, melibatkan 41 kes import dan enam kes jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 291 kes dengan 44 daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

“Tiada kematian dilaporkan. Seramai 175 pesakit telahpun sembuh dan dibenarkan pulang dan 116 lagi masih dirawat di hospital dan kesemuanya dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. / Bernama

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...