Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Jom debat - Tok guru
27 Jun 2009 10:41PMMenteri Besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden UMNO untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan UMNO,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan. / Bernama

Tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media









