Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Brazil jumpa USA di final
26 Jun 2009 10:00AMJOHANNESBURG: Jaringan Daniel ALves melalui sepakan percuma dua minit sebelum tamat permainan membolehkan Brazil mencipta kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah Afrika Selatan dan sekali gus menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Konfederasi.
Brazil akan mempertahankan tropi yang dimenangi pada tahun 2005, berdepan dengan Amerika Syarikat pada perlawanan akhir sementara Afrika Selatan dan Sepanyol bersaingan merebut tempat ketiga. / Reuters









