Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

USA ke final, lebur rekod 35 kali tanpa kalah Sepanyol

25 Jun 2009 11:19AM

BLOEMFONTEIN, South Africa: Amerika Syarikat mencipta kemenangan paling bermakna dalam tempoh 60 tahun apabila berjaya menewaskan juara Eropah Sepanyol 2-0 awal pagi ini untuk mara ke final Piala Konfederasi.

Gol-gol jaringan Jozy Altidore dan Clint Dempsey telah membenam pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia itu.

Ia turut menamatkan rekod kemenangan 15 kali dan 35 perlawanan tanpa kalah berturut-turut, satu rekod dunia yang dikongsi bersama Brazil.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut berakhir dengan satu sedikit kecewa bagi jurulatih AS, Bob Bradley apabila anaknya Michael yang bermain di bahagian tengah diperintah keluar padang tiga minit sebelum masa tamat.

Ini menyebabkan dia terlepas peluang untuk bermain di perlawanan akhir bertemu pemenang perlawanan Brazil dan tuan rumah, Afrika Selatan. / Reuters

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...