Mar 12, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Jangan nodai Kampung Melayu di ibu kota

09 Jun 2009 12:30PM
Penduduk Kampung Padang Balang, Sentul di sini membantah rancangan pembangunan semula kampung itu yang terkandung dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) demi menjaga kepentingan tanah rizab Melayu.

Ia tidak bermaksud mereka menolak pembangunan sebaliknya mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji semula cadangan tersebut dan mewartakan kampung yang dibuka sejak tahun 1940-an itu sebagai kampung warisan.

Penduduk yang ditemui semalam menganggap cadangan membina laluan dan stesen transit aliran ringan (LRT) serta bangunan pencakar langit di kampung yang berkeluasan kira-kira 240 hektar itu adalah tidak wajar.

Lebih merisaukan mereka ialah kemungkinan kehilangan hak dan istimewa penduduk kampung tradisi yang telah mendiami kawasan itu sejak 1940-an.

Pengerusi Badan Bertindak Kampung Padang Balang, Zainal Abidin Maas berkata, penduduk kampung tidak menghalang pembangunan tetapi bimbang hak dan keistimewaan mereka sebagai penduduk asal kampung itu dirampas jika rancangan tersebut tidak dilaksanakan secara telus dan adil.

Beliau menegaskan bahawa kawasan perkampungan tersebut merupakan tanah rizab Melayu dan semua penduduknya membayar cukai tanah serta cukai pintu kepada DBKL./Kosmo

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...