Mar 12, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh

02 Jun 2009 1:01PM

KEMASKINI: Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak Kuala Terengganu telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus.

Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM280 juta di Kompleks Sukan Gong Badak di sini yang baru setahun digunakan, runtuh pada jam 9.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi runtuhan itu menyebabkan sebuah kereta dan tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletakkan di sekitar stadium itu ranap.

"Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter meliputi kawasan tempat duduk berbumbung termasuk pentas DiRaja.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 pengunjung itu adalah yang pertama di Asia yang dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Selain menempatkan padang bola dan trek olahraga, stadium yang dibina dengan pantas untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada Jun tahun lalu itu turut menempatkan stadium tertutup yang menempatkan prasarana sukan bowling, skuasy dan badminton.

Polis telah membuat sekatan dan melarang orang awam memasuki kawasan stadium.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, melawat tempat kejadian pada jam 10 pagi tadi manakala Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pula sebentar tad.


Stadium ini dirasmikan oleh Sultan Mizan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...