Sep 3, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Dr Khir, empat Adun BN dipanggil dakwa hina Dun S'gor

12 May 2009 3:08PM

Oleh Nor Sedek Ismail

SHAH ALAM: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) hari ini memanggil lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk memberi keterangan dan pembelaan atas dakwaan menghina DUN Selangor.

Mereka termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo yang juga ADUN Sungai Panjang, Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali).

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, mereka dipanggil kerana didapati telah melanggar hak kebebasan Dewan apabila memberi keterangan media yang menyentuh mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), baru-baru ini.

Selcat ditubuhkan dengan kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

 

Selain itu, katanya, Mohd. Khir juga dipanggil untuk mendengar keterangannya setelah gagal hadir pada pendengar awam tersebut dan memberi kenyataan yang menyentuh integriti DUN Selangor.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Chang Khim memberitahu, kelima-lima ADUN itu diwakili oleh tujuh orang peguam. / Utusan



Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...