Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Nasaruddin cipta rekod pelompat terpantas negara

05 Feb 2009 12:13AM

BERBANDING tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kerajaan campuran barisan pembangkang Perak yang sudah isytihar nak jadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional, pada awalnya kelibat ADUN kawasan Bota Datuk Nasaruddin Hashim dicelah-celah sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya petang Rabu mengejutkan para wartawan yang hadir.

Ini kerana sebelum ini tiada siapa yang sangka beliau akan lompat balik ke pangkuan UMNO setelah baru 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Tindakan beliau bukan saja mencipta sejarah paling singkat lompat dan lompat balik tetapi juga memberi tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum ini riuh merayakan lompatannya.

Beliau berdiri dibelakang Najib semasa sidang akhbar itu. Dikerumuni para wartawan selepas itu Nasaruddin berkata beliau berbuat demikian kerana mahu melihat tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil.

"Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini," katanya

Menurut Nasarudin berkata keputusan untuk kembali semula ke pangkuan Umno didorong oleh keadaan politik di Perak yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan negeri yang tidak stabil.

Pada 26 Jan lepas, beliau mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR dengan alasan bahawa perkembangan politik selepas pilihan raya umum ke-12 dan kemelut dalaman Umno mendorong beliau berbuat demikian.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang lain terdiri ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, daripada DAP mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing dan menjadi anggota Bebas.

Hee bagaimanapun enggan bercakap kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakannya itu. / Agendadaily


Datuk Nasa beri tamparan cukup hebat kepada PKR yang sebelum ini riuh merayakan lompatannya

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...