Mar 10, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Jom berdemo laknat Israel: Di Majlis Negara dan Kedutaan Palestin

02 Jan 2009 11:59AM

Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat hari ini manakala Pemuda UMNO pula mengadakan perhimpunan yang sama di depan Kedutaan Palestin di Jalan Ampang.

Perhimpunan tersebut merupakan siri bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu.

Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas penduduk Palestin tanpa mempedulikan kesengsaraan mereka sewaktu kemeriahan sambutan tahun baru di seluruh dunia, hari ini.

Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi ini memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera.

Rejim Zionis turut melepaskan tembakan ke atas kedudukan Hamas di tepi laut bagi melumpuhkan kekuatan mereka.

Letupan kuat turut menggegarkan kawasan penyeludupan bawah tanah di kawasan sempadan Gaza dan Mesir.

Serangan terbaru itu turut mengorbankan seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan apabila rumahnya di Jabaliya dibom oleh tentera Zionis.

Arwah merupakan pegawai tertinggi Hamas yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu.

Sementara itu, rumah pemimpin Ezzedin al-Qassam iaitu sayap kanan Hamas, Abu Anas Chabana turut menjadi sasaran tentera Israel, malam tadi.

Serangan itu mengorbankan tiga penduduk Palestin termasuk seorang wanita berusia 35 tahun dan mencederakan lapan yang lain.

Bagaimanapun Abu Anas tiada di rumah ketika kejadian.

Pegawai Hamas menganggarkan seramai 399 orang terbunuh setakat ini dengan lebih 180 merupakan orang awam.

Hampir 2,000 lagi cedera dalam kekejaman tentera Yahudi ini yang dilengkapi peralatan peperangan canggih berbanding pejuang Palestin.

Tentera Israel semalam turut menambah jumlah tentera di sempadan Gaza sebagai langkah berjaga-jaga untuk melancarkan serangan darat dalam waktu terdekat.

Mereka turut dilengkapi dengan kereta kebal dan pelancar roket canggih dan dilihat berlegar-legar di luar Gaza dan komander mereka bersiap sedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.

Langkah untuk mengadakan gencatan senjata juga dilihat semakin sia-sia dengan Kabinet Israel menolak sebarang usaha untuk memulihkan keadaan.


Orang ramai membantu memadamkan kebakaran di rumah pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...