Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
'No hal', jom berentap - Rafidah
21 Nov 2008 2:38PMKETUA Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti Mac depan.
Kenyataan tersebut di buat selepas 24 jam, Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding mencabarnya.
Terdahulu, Shahrizat, bekas anggota Kabinet dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, melalui kenyataan dua perenggan mengesahkan beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.
"Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan," katanya dalam kenyataan tersebut semalam.
Keputusan beliau itu sekali gus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat Jun depan.
Dengan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.
Dalam pada itu, pengumuman Shahrizat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno mendapat sokongan terbuka daripada beberapa ketua wanita bahagian. / Mstar

Pertarungan kalah mati jawatan ketua, Kamilia menang 'free' jawatan naib ketua












