Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Maradona bergaya..

21 Nov 2008 10:53AM

GLASGOW: Argentina telah melakukan yang secukupnya untuk menghapuskan memori persembahan buruk mereka sejak akhir-akhir ini dengan mengatasi Scotland 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan kelmarin, kata jurulatih baru Diego Maradona selepas kali pertama memimpin pasukan negaranya itu.

Maradona berkata beliau gembira dengan tugas yang dilaksanakan oleh skuadnya untuk mengatasi tempoh mendung yang dilalui Argentina, yang menyaksikan mereka sekadar menang sekali dalam lapan perlawanan.

'Argentina menikmati 25 minit yang cemerlang pada permulaan perlawanan tetapi gagal memanfaat lebih banyak peluang yang ada. Ia satu keputusan yang adil,' kata Maradona dalam satu sidang akhbar selepas gol awal jaringan Maxi Rodriguez memberikan pasukan dari Amerika Selatan itu kemenangan.

'Kami memberikan bola tetapi Scotland tidak dapat menanfaatkannya... kami sepatutnya menguasai lebih banyak perlawanan dan menang dengan jaringan yang lebih banyak.

'Perlawanan menentang Chile adalah satu pengalaman yang buruk dan ia kini sudah kami tinggalkan.'

Beliau berkata demikian merujuk kepada kekalahan 1-0 di Santiago dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan lalu yang mengakibatkan mantan jurulatih Alfio Basile meletak jawatan.

'Adalah mudah mengatasi krisis kecil yang timbul daripada perlawanan dengan Chile itu, yang merupakan titik tolak bagi kami semua,' tambah legenda bola sepak Argentina itu.

'Kami memikirkannya dengan banyak dan mencari-cari sebab mengapa pasukan kami tidak dapat mencapai kemenangan untuk satu tempoh yang lama seperti itu.'

Selepas seri enam perlawanan berturut-turut, Argentina mencatatkan kemenangan 2-1 yang kurang meyakinkan di padang sendiri ke atas Uruguay, empat hari sebelum perlawanan di Chile.

'Kami berjaya mengeluarkan rasa takut kalah,' kata Maradona, yang menjaringkan gol pertamanya untuk Argentina semasa berusia 18 tahun di Hampden ketika mereka mengalahkan Scotland 3-1 dalam 1979.

Maradona memuji pemain midfield Fernando Gago sebagai pemain yang bermain dengan cukup baik untuk mendapat lapan daripada 10 mata.

Menurut beliau, 'ada beberapa persembahan individu yang baik yang membuat saya berasa puas hati untuk menghadapi masa depan dengan tenang'.

Maradona juga berkata bahawa rasa takutnya mengenai anak perempuannya yang hamil di Madrid, Sepanyol, membuat beliau berasa bimbang dan berterima kasih kepada skuadnya kerana sokongan mereka.

Giannina Maradona, yang dijangka melahirkan anak selepas berkahwin dengan penyerang Sergio Aguero, mengalami kesulitan.

Aguero meninggalkan Glasgow untuk bersama beliau dan terlepas peluang beraksi untuk Argentina. / Reuters

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...