Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Loew akui pasukan Capello lebih baik

21 Nov 2008 10:50AM

BERLIN: England adalah pasukan yang lebih baik.

Demikian pengakuan jurulatih Jerman, Joachim Loew, selepas tandukan John Terry pada lewat permainan memberikan pasukan pimpinan Fabio Capello kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan di sini kelmarin.

'England bermain lebih baik pada keseluruhan perlawanan,' kata Loew, yang memimpin Jerman menjadi naib johan Euro 2008 selepas tewas kepada Sepanyol di Vienna Jun lalu.

'Permainan kami buruk dan kami wajar kalah. Hanya dalam separuh masa kedua kami mendapat rentak permainan tetapi kami menghadapi masalah besar dari segi struktur dan corak permainan.

'Anda dapat saksikan England semakin gagah sedangkan kami gagal memanfaatkan peluang yang diperolehi.'

Seramai 7,000 penyokong England di Stadium Olimpik begitu ceria dan bersemangat menyaksikan pasukan mereka menguasai permainan.

Tanpa kapten Michael Ballack dan pemain veteran Torsten Frings di tengah padang, Jerman gagal menyaingi jentera midfield England.

'Kami gagal menunjukkan permainan terbaik kami hari ini. Taktik permainan England juga lebih baik,' kata pemain midfield Jerman dan Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger.

Pemain bek West Ham United, Matthew Upson, menjaringkan gol pertama England dan Jerman mengancam untuk bangkit apabila Patrick Helmes menyamakan kedudukan - kebetulan kedua-duanya merupakan gol pertama mereka untuk negara masing-masing.

Namun, harapan penyokong Jerman musnah apabila Terry menanduk gol kemenangan England enam minit sebelum tamat permainan.

'Sungguh hebat rasanya apabila menjaringkan gol pertama saya untuk Jerman tetapi kami tewas perlawanan ini,' kata Helmes.

'Jadi adalah sukar untuk menyatakan kepuasan dan mengukir senyuman selepas perlawanan.' / AFP


England 2- 1 Jerman

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...