Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Shahrizat umum langgar Rafidah hari ini?

20 Nov 2008 1:19AM

PERTEMBUNGAN bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, nampaknya sudah tidak boleh dielakkan.

Sumber-sumber yang layak dipercayai dan rapat dengan Exco Wanita UMNO Malaysia memberitahu sehingga masa ini, belum ada lagi titik temu dalam soal pelan peralihan kuasa Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Malah berdasarkan sentimen kedua-dua pihak yang menyokong pelan peralihan kuasa dikekalkan pada Jun 2009 dan yang mahu ia dipercepatkan kepada Mac 2009, semakin jelas mahukan penyelesaian kepada kemelut tersebut diselesaikan melalui pertandingan.

Sementara itu Bernama dalam satu laporannya petang Selasa menyebut, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan keputusannya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Khamis (hari ini).

Dilaporkan keputusan yang akan diumum oleh Shahrizat itu adalah yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO hanya pada Jun 2009 dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita UMNO diselaraskan dengan pelan peralihan UMNO Pusat pada Mac.

Menurut laporan itu lagi, keputusan Shahrizat itu juga didorong oleh pendirian Exco Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang.

Sementara itu menurut laporan Bernama juga, Rafidah yang kini bercuti di Hong Kong, ketika dihubungi berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara itu sekembalinya daripada cuti.

Cerita SMS

Tak ada yang nak ‘diserah’ bukan harta peribadi…. tunggu perwakilan mengundi dalam bulan March ” begitulah bunyi mesej yang dikatakan dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz kepada bekas Naibnya Tan Sri Napsiah Omar.

SMS itu yang didapati sudah terbang ke sana sini dikatakan ada kaitan dengan komen Napsiah yang kini Pengerusi Tetap Wanita UMNO berhubung dengan kemelut pelan peralihan kuasa jawatan Ketua Wanita UMNO antara Rafidah dan Naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dimana beliau berpendapat ia harus dipercepatkan dari bulan Jun ke bulan Mac.

Agendadaily turut mendapat SMS itu yang difoward oleh seorang pengirim yang mendakwa itu adalah SMS Rafidah kepada Napsiah.

Kalau betul bagai dikata berdasarkan SMS tersebut, nampaknya setakat keadaan yang ada hari ini memang jelas tidak ada kompromi antara Rafidah dan Shahrizat.

Ini kerana berdasarkan penekanan “tunggu perwakilan mengundi dalam bulan March” apa yang lagi yang boleh ditafsirkan selain daripada jumpa di gelanggang.

Selain itu berdasarkan SMS tersebut juga disebut yang turut berkata, “ Perhaps you forgot I got 117 pencalonan…takkan yang banyak nak serah pada yang sikit” – maknanya dalam bahasa mudah, Rafidah dapat pencalonan 117 berbanding 73 yang diperolehi Shahrizat, jadi takkan Rafidah hendak menyerah dan tunduk kepada Naibnya itu.

Kemelut ini nampaknya seperti tiada penyudahnya.

Berdasarkan komen-komen pimpinan Wanita UMNO peringkat negeri, ada yang mahu pelan peralihan kuasa dikekalkan dan tidak kurang juga yang mahukan Rafidah berundur lebih awal iaitu pada Mac.

Malah apa yang menarik, suara yang mahu Shahrizat patuh dengan pelan peralihan kuasa kuat juga bergema.

Soalnya, jika Shahrizat tidak cabar Rafidah atas nama menghormati pelan peralihan kuasa, bagaimana pula Rafidah dapat menjayakan pelan berkenaan jika Shahrizat ditentang bagi jawatan Naib Ketua.

Atau apakah pelan peralihan kuasa hanya bermaksud tidak pertandingan bagi jawatan Ketua sahaja.

Mungkin peristiwa yang berlaku di lobi Parlimen hari Isnin lalu iaitu perbualan seorang pimpinan Wanta UMNO dengan seorang aktivis UMNO dapat memberikan gambaran lebih jelas tentang ‘cerekarama’ peraliahan kuasa Ketua Wanita UMNO tersebut.

Antara perbualan yang bukan bersifat tertutup kerana ia boleh didengar oleh orang di sekelilingnya, penggiat politik itu berkata, jika hasrat Rafidah tidak mahu melihat pertandingan jawatan tertinggi dalam Wanita UMNO, tidak menawarkan diri untuk pertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Mac depan merupakan pilihan terbaik buat Rafidah untuk mencapai hasratnya itu.

Ini kerana menurut aktivis itu, Shahrizat akan menang tanpa sebarang cabaran jika Rafidah tidak mempertahankan jawatannya Mac depan.

Ini disanggah oleh pemimpin Wanita UMNO yang berstatus Exco tersebut dengan menegaskan, maksud tiada pertandingan ialah tiada cabaran terhadap Rafidah.

Lantas disambut oleh penggiat politik itu “Jika itu maksudnya, hasrat Rafidah bukanlah tiada pertandingan tetapi Rafidah tidak dicabar oleh sesiapapun”. / Bernama, Agendadaily


"Saya akan ulas bila pulang dari Hong Kong", Tan Sri Rafidah Aziz

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...