Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Capello nafi jadi dalang penghijrahan Beckham

18 Nov 2008 8:36AM

MILAN: Jurulatih England, Fabio Capello, menafikan beliau merencanakan peminjaman David Beckham selama tiga bulan ke AC Milan.

Italy heboh dengan spekulasi bahawa mantan jurulatih Milan itu telah meminta ketua eksekutif bekas kelabnya, Adriano Galliani, supaya mengambil pemain midfield Los Angeles tersebut agar beliau dapat mengekalkan kecergasannya dan bersaing bagi mendapatkan tempat dalam skuad England selepas selesai musim bola sepak Amerika Syarikat.

Ditanya apakah peranan yang dimainkannya dalam peminjaman itu, Capello memberitahu akhbar Gazzetta Spportiva kelmarin: 'Kosong. Galliani telah meminta pendapat saya mengenai Beckham. Saya memberitahunya beliau adalah seorang pemain yang baik dan seorang yang baik.

'Galliani bercakap dengan saya selepas membuat keputusan untuk mengambil Beckham, bukan sebelum.'

Bagaimanapun, Capello berpendapat pemindahan pada Januari itu adalah satu yang positif bagi pemain berusia 33 tahun itu, yang diketepikan daripada skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman esok kerana beliau telah tidak bermain sejak bulan lalu.

'Saya tidak mengubah cara saya. Mereka yang tidak bermain tidak menyertai pasukan nasional,' kata jurulatih dari Italy itu.

'Jika Galaxy layak ke perlawanan penentuan, beliau tentu disertakan. Beliau seorang pemain yang bagus. Saya pasti beliau akan bermain di Milan.'

England gagal ke final Euro 2008 tetapi memenangi empat perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak Capello mengambil alih selaku jurulatih.

Beliau berasa anak didiknya sudah membuat persiapan secukupnya untuk bertemu dengan Jerman, selepas menewaskan mereka 5-1 dalam perlawanan di Munich dalam 2001.

'Saya percaya para pemain saya sudah bersedia bagi perlawanan di peringkat ini selepas kejayaan dalam kelayakan ke Afrika Selatan 2010.

'Kini, para pemain mempunyai keyakinan dalam keupayaan dan potensi mereka,' katanya.

'Kami telah bekerja keras untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan ketakutan. Peningkatan tersebut konsisten, perlawanan demi perlawanan. Tiada batas untuk pasukan England ini.' / Reuters


England

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...