Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Bogel: Tak kena dengan ajaran Islam

17 Nov 2008 8:11AM

SA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka berdegil hendak mengadakan demonstrasi 'berbogel' di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai membantah keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Selangor.

Ketua pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi, berkata tindakan serupa itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar, kelmarin yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Menurut Datuk Muhammed Khusrin, mereka yang bersalah boleh didenda maksimum RM1,000. / Berita Minggu, Mingguan Malaysia.


Bagus! >>> MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menunjukkan isyarat jari

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...