Jan 6, 2009      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

5-0: Ron! Ron! Ron! jaring gol ke-100 bersama Man U

17 Nov 2008 8:05AM

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo kini mencapai tahap cemerlangnya lagi.

Demikian pandangan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, selepas pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan golnya yang ke-100 semasa membantu United membelasah Stoke 5-0 di Old Trafford kelmarin.

Ronaldo menjaringkan golnya yang ke-100 pada minit ketiga sebelum menambah gol keduanya pada minit-minit terakhir permainan.

Turut menjadi penyumbang gol-gol kemenangan United ialah Michael Carrick, Dimitar Berbatov dan pemain muda, Danny Welbeck.

Tetapi perlawanan itu akan dikenang kerana kejayaan Ronaldo menyumbat golnya yang ke-100.

Walaupun Ronaldo agak terlewat beraksi dalam Liga Perdana England musim ini kerana menjalani pembedahan pada pergelangan kakinya, beliau kini menjaringkan sembilan gol.

'Sungguh mengagumkan. Beliau kembali beraksi pada tahap kecemerlangannya,' demikian pujian Ferguson di akhir perlawanan tersebut.

'Beliau kembali ligat. Beliau mengambil masa untuk mengembalikan tahap permainannya itu tetapi terbukti beliau menunjukkan kemajuan dalam setiap perlawanannya.

'Kelincahannya mengagumkan dan beliau menjaringkan gol melalui tendangan percuma. Tendangan percumanya sungguh menggerunkan tetapi rahsia kejayaan itu adalah hasil latihan yang gigih.'

Welbeck, yang akan mencecah usia 18 tahun dalam masa dua minggu, juga beraksi cemerlang.

'Beliau tidak akan melupakan seumur hidup kejayaannya menjaringkan gol dalam kemunculannya yang pertama untuk United.

'Saya fikir beliau adalah pemain yang matang dan bijak dan kami tidak fikir beliau akan hilang pedoman selepas kejayaan menjaringkan gol itu,' tambah Ferguson.

Dengan Wayne Rooney dan Rio Ferdinand direhatkan, United membariskan beberapa pemain muda, termasuk Johnny Evans, Manucho dan Darron Gibson.

'Ia adalah sebuah pasukan muda tetapi kami mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi,' ujar Ferguson selanjutnya.

*****

Sementara itu tinjauan yang dilakukan di liga fantasi KLpos.com musim 2008/2009 mendapati penganjur liga tersebut Jeff Terry berjaya membawa pasukannya Malaysian Chelsea FC melonjak ke tangga 34 mengumpul sebanyak 83 mata minggu ini mengatasi rakan 'se-adminnya' Hilal yang berada ditangga ke-44 yang hanya berjaya mengumpul 78 mata.

Manakala pendahulu liga setakat ini, pasukan badut gila yang diterajui pengurus bernama fatul hakim mengumpul 102 mata minggu ini dan 742 mata keseluruhan.

Liga fantasi KLpos masih dibuka penyertaannya kepada semua. Pendaftaran boleh dilakukan di http://fantasy.premierleague.com/M/table.mc?id=95903 dan memasukkan kod liga 465493-95903 setelah pasukan didaftar.

Sejak dibuka penyertaannya Ogos lalu, liga fantasi KLpos.com ini telah disertai oleh lebih 650 pasukan dan pengurus dari pembaca KLpos.com dalam dan luar negara.

Peningkatan lebih sekali ganda berbanding musim 2007/2008 yang hanya menarik hampir 300 pasukan sahaja.

Kini liga KLpos.com berada di ranking 835 dari 131,580 liga seluruh dunia. / KLpos, Reuters


Christiano Ronaldo

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...