Hantar ke Facebook
Cetak
Beritahu Kawan
Rahsia angka disebalik kemenangan cemerlang Senator Barack Hussein Obama II
11 Nov 2008 8:56AMOleh Norman Sawi
SATU cara untuk menggambarkan sesuatu pilihan raya adalah menerusi angka dan statistik.
Dan pilihan raya presiden yang bersejarah di Amerika Syarikat minggu lalu telah memecah berbagai-bagai rekod (yang melibatkan angka).
Kesudahannya telah kita ketahui - calon parti Demokrat Barack Obama meraih kemenangan hebat, mengatasi calon Republikan John McCain untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Mari kita mengimbas kembali kemenangannya menerusi angka:
44: Barack Obama menjadi presiden Amerika Syarikat yang ke-44 selepas kemenangannya minggu lalu.
AS$200,000: Antara janji Obama kepada rakyatnya adalah untuk memberikan potongan cukai kepada mereka yang meraih pendapatan tahunan kurang AS$200,000. Mereka yang meraih pendapatan lebih AS$250,000 akan dikenakan cukai lebih tinggi.
41: Kemenangan Barack Obama itu muncul 41 tahun selepas taklimat 'Aku Punya Impian' oleh Dr Martin Luther King Jr, yang memahat saat semaraknya semangat kumpulan kulit hitam di Amerika.
270: Angka emas bagi Obama. Beliau perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 270 undi Dewan Pemilih. Akhirnya, Obama menerima 349 undi, berbanding dengan 162 undi untuk McCain.
52.3: Obama menerima 52.3 peratus daripada undi popular, berbanding dengan 46.4 peratus untuk McCain.
130: Sebanyak 130 juta rakyat Amerika dianggarkan telah membuang undi daripada lebih 220 juta penduduk yang mendaftarkan nama. Seramai 305 juta rakyat Amerika layak mengundi.
350,000: Obama berjaya menarik lebih 350,000 penderma individu yang membuat lebih 500,000 derma.
$968 juta: Sebanyak $968 juta berjaya dikumpulkan oleh Obama untuk keperluan berkempen.
20: Obama akan mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Amerika pada 20 Januari 2009.
1: Obama akan menjadi Presiden kulit hitam Amerika yang pertama dalam sejarah. Beliau juga adalah presiden kaum minoriti yang pertama di dunia yang dilantik majoriti.
CABAR MINDA

Presiden dari kaum minoriti pertama di dunia dilantik majoriti












