Nov 20, 2008      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru

Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Khairy dapat satu lagi pencalonan dari Kelantan

10 Oct 2008 2:14PM
KB: Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan pada pemilihan parti Mac depan.

Pada persidangan perwakilannya di sini hari ini yang dihadiri 182 anggota daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir memperoleh 49 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi.

Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda. / Bernama


Khairy Jamaluddin

<< kembali

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...