Nov 20, 2008      RSS Berita Terbaru     
    Carian:  

Berita Terbaru

Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Muhyiddin sahkan bertanding timbalan, Isa Samad pilih rebut naib presiden

10 Oct 2008 10:25AM
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu pada Mac depan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira atas bahawa UMNO yang akan diterajui oleh bakal Presiden yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa menyokong dan membantu beliau terutama di dalam usaha mengatasi cabaran semasa.

Sementara itu menurut Utusan Online lagi bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung keahliannya mengumumkan akan bertanding sekali lagi untuk jawatan yang sama yang pernah disandangnya. / Utusan

<< kembali

Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...