Mar 13, 2010      RSS Berita Terbaru      Sertai kami dalam Facebook     
    Carian:  

Berita Terbaru


Hantar ke Facebook    Cetak    Beritahu Kawan

Pemuda Sabah secara terbuka umum sokong Khairy

23 Sep 2008 2:07PM

KOTA BELUD: Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti, Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim, berkata Khairy sudah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.

“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya di sini hari ini.

Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.

“Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan,” katanya.

Selain Khairy, bekas Menteri Besar Selangior, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berhasrat merebut jawatan Naib Presiden Umno. / Bernama



Iklan Teks

Ruang iklan untuk disewa. RM1 sehari, RM50 / 60 hari. Maksimum 20 patah perkataan sahaja...