
BUKIT JALIL 29 Jan. - Persoalan pemilik Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) bakal terjawab sebentar lagi setelah kesemua 12 finalis yang dipertandingkan selesai mempersembahkan lagu masing-masing.
Pengumuman yang bakal dibacakan oleh 2 Pengacara tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail itu menerusi keputusan yang diadili oleh 7 orang Juri Profesional yang dipilih pihak penganjur.
Sementara itu, malam Juara Lagu ke 26 (AJL26) turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari 3 lagenda muzik Malaysia iaitu Raja Pop Jamal Abdillah mendendangkan lagu hit beliau "Senandung Semalam".
Ianya disusuli pula dengan persembahan mantap Raja Rock Awie menyampaikan "Bujang Senang".
Anugerah yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil digegarkan pula dengan kemunculan Ratu Jazz Shiela Majid dengan lagu popular 'Warna' menutup persembahan khas pada malam tersebut.






