•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

A+ R A-

AJL26 jadi Tontonan Dunia - Bukti Kualiti hasil Karya Muzik Tanah Air.

E-mail Print

alt

 

Malam ini sekali lagi dunia hiburan bakal menyaksikan satu lagi Anugerah paling berprestij sebagai pembuka tirai Tahun Baru 2012.

Anugerah Juara Lagu AJL yang tahun ini genap berusia ke 26 bakal berdepan dengan cabaran yang lebih besar terutamanya di kalangan para juri yang bakal mengadili pilihan yang paling terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.

Sememangnya cabaran AJL saban tahun semakin mencabar. Penyenaraian 12 lagu pada tahun ini kesemuanya terbaik dan juri sebenarnya wajar membuat kajian bagi setiap lirik dan lagu bagi 12 pencalonan itu lebih awal sebelum capai ke kemuncak melalui persembahan hebat artis-artis yang dipertandingkan.

Kemunculan semula Komposer yang bergelar Sifu dalam dunia Hiburan iaitu M.Nasir turut menyukarkan para juri meletakkan satu asas kemuncak keputusan bergelar juara pada era 2012 Juara Lagu ke 26.

Buat para artis, lakukan yang terbaik. Kerana AJL adalah bukti kekuatan kualiti penghasilan karya muzik tanah air.

Malah jika komposer-komposer terkenal dunia mengkaji lagu-lagu yang terpilih pada AJL26, mereka turut tidak menafikan Industri Muzik Negara ini paling terbaik pernah dihasilkan.

Syabas Anugerah Juara Lagu ke 26 terutamanya penganjur TV3, para artis dan komposer.

AJL26 akan berlangsung bermula acara Red Carpet pada jam 7:30 malam bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Selain TV3, penonton turut dapat menonton secara langsung melalui Livestreaming dengan melayari www.tv3.com.my/ajl26 .

Berikut merupakan 12 finalis yang bakal berentap pada AJL26 malam ini :-

1. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

2. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

4. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

7. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

8. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

9. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Politik

Share on Myspace

Poll

Wajarkah AUKU Dimansuhkan?

KLpos Facebook

By A Web Design